Friday, July 16, 2010

:Susah di cari:

Assalammualaikum..


Apa khabar cucu-cucu Adam sekalian..?? Hehe.. Harap sihat semuanya.. Blog aku kali nie nak bercerita sikit r pasal perasaan aku nie.. Dengan kata mudahnya aku ingin meluahkan perasaan kecewa aku kat sesetengah member aku nie.. Huhuhu.. Emo-emo.. Hah apa korang ingat lelaki tak boleh nak emo ke??? Huh! Hah aku nak tanya korang la apa perasaan korang kalau korang nie di gelar 'kawan masa susah je'???? Korang pahamkan term tue?? Aku rasa sangat kecewa r bila ada sesetengah member aku buat macam tue.. Apa mereka tak rasa serba salah ke???? Tau la aku nie insan yang baik sangat.. Haha.. Senang-senang je nak diperbodoh-bodohkan… hukhukhuk… aku nie memang tak boleh kalau orang yang susah mintak tolong dengan aku terutamanya member sendiri.. Kalau kita tak tolong nanti dikatanya yang bukan-bukan pasal kita… tapi bila kita tolong, masa tue je la ingat kita.. Pastu lupa kita bila dah senang.. Bukan aku nak mengungkit tapi bila keadaan jadi camnie banyak kali, perasaan untuk aku mengungkit membuak-buak… hahaha.. Keikhlasan aku pun dah hilang ke mana-mana...


Tapi sebagai hamba ALLAH, aku anggap nie adalah ujian dari-Nya dalam kehidupan aku untuk jadikan aku hamba yang tabah dan sabar.. Huhuhu.. Baik r kawan sekalian.. Setakat nie je aku luah perasaan aku.. Tak boleh panjang-panjang nanti ada orang jijik pulak dengan blog aku nie.. Haha.. Eyh tapi dulik apa ea? Blog aku, aku punya suka r.. Wakakaka… sebelum aku menamatkan riwayat coretan aku kali nie, aku nak pesan la kat semua orang termasuk aku sendiri janganlah kita lupakan orang yang telah menolong kita walau apa pun berlaku.. Heeeee… ok la, bye-bye...

No comments:

Post a Comment